Kemeriahan Liga Super Malaysia

Kemeriahan Liga Super Malaysia 

Bola sepak merupakan sukan yang bukan sahaja digemari di Malaysia malah hampir seluruh dunia. 

Jika di England ada England Premier League (EPL), di Malaysia kita ada Liga Super Malaysia. Walaupun berbeza dari segi kualiti dan sebagainya, kita sama-sama berharap dan berdoa Liga Super Malaysia mampu mencapai kualiti terbaik setanding EPL suatu hari nanti. 

Apakah itu Liga Super Malaysia? 

Liga Super Malaysia merupakan sebuah pertandingan bola sepak tahap paling tinggi di Malaysia yang juga dikenali sebagai Liga-M suatu masa dahulu. Liga Super Malaysia diperkenalkan pada tahun 2004, menggantikan Liga-M yang telah bermula sejak tahun 1982. 

Pada awal pengenalan Liga Super Malaysia hanya disertai oleh 8 pasukan menggunakan format 3 pusingan (21 perlawanan) dimana 2 pusingan pertama menggunakan format tuan rumah dan pihak lawan manakala pusingan di hoskan oleh stadium yang mempunyai jumlah penonton terbanyak berdasarkan dua perlawanan terawal.  

Namun bermula 2009, Liga Super disertai oleh 14 pasukan dengan menggunakan format 2 perlawanan, tuan rumah dan pelawat. Total perlawanan bagi setiap pasukan adalah 26 perlawanan. 

Sebelum 2012, tiada pemain import dibenarkan bermain untuk Liga Super Malaysia. Namun sejak tahun 2012, 4 orang kuota permain import dibenarkan di atas padang dengan syarat 1 kuota adalah untuk pemain import Asia. 

Namun begitu, bermula pada tahun 2023 format baharu akan mula diperkenalkan dimana 18 pasukan akan bertanding berbanding 12 pasukan sebelum ini. Seramai sembilan pemain import dibernarkan mendaftar akan tetapi hanya 5 orang dibenarkan berada di atas padang (5+1).  

Dengan penetapan format baharu ini juga menyaksikan bahawa tiada lagi saingan Liga Perdana dan akan digantikan dengan Liga Simpanan iaitu kejohanan liga bagi kelompok usia bawah 23 tahun. 

96M Register

Pasukan-pasukan Di Dalam Liga Super Malaysia 2022 

Pasukan yang menyertai Liga Super Malaysia bagi tahun 2022 adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC, Sabah FC, Negeri Sembilan FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman FC, PJ City FC, Melaka United FC, Sarawak United FC dan Penang FC. 

Bagi Liga Super Malaysia 2023 pula, sebanyak 16 buah pasukan yang sudah mendapat lesen  untuk bertanding di Liga Super Malaysia iaitu: 

  • Johor Darul Ta’zim (JDT) 
  • Kedah Darul Aman FC 
  • Negeri Sembilan FC 
  • Penang FC 
  • PJ City FC 
  • Sri Pahang FC 
  • Selangor FC 
  • Terengganu FC 
  • Kuala Lumpur City FC 
  • Sabah FC, Kelantan FC 
  • Kuching City FC 
  • Kelantan United FC 
  • Perak FC 
  • PDRM FC  
  • UiTM FC. 

Dua lagi pasukan iaitu Melaka United FC dan Sarawak United FC gagal memenuhi kriteria perlesenan kelab seperti yang telah ditetapkan. 

Pasukan Top 3 Liga Super Malaysia 2022 

3 pasukan yang mengungguli Malaysian Football League pada tahun 2022 ialah JDT, Terengganu FC dan Sabah FC. 

JDT merupakan juara Liga Super Malaysia 9 kali berturut-turut, semenjak tahun 2013. Dengan menjuarai Liga Super Malaysia 2022, JDT yang telah dijenamakan semula pada tahun 2012 oleh Tengku Mahkota Johor sekaligus telah berjaya sekali lagi menempatkan diri ke Asian Champion League (ACL) bagi tahun 2023. Pasukan JDT pernah menjadi juara AFC pada tahun 2015 dan kini akan meneruskan misi untuk menjuarai ACL setelah membolot kesemua empat piala yang dipertandingkan di Malaysia pada tahun 2022; Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Liga Super dan Piala Malaysia. 

Terengganu FC berjaya mengesahkan tempat ke Piala AFC setelah berjaya menduduki tempat kedua di dalam Liga Super Malaysia 2022 dengan 44 mata (12 mata di belakang JDT). Pasukan kendalian Mohd Nafuzi Mohd Zain ini berjaya menafikan kelayakan Sabah FC ke pentas Piala AFC pada saat-saat akhir Liga Super Malaysia.  

Namun begitu, Sabah FC masih berjaya ke Piala AFC selepas Selangor kalah kepada JDT (2-1) pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 pada 26 November 2022 yang lalu. 

Sumber : Malaysian Football League 

Kenapa rakyat Malaysia suka bola sepak? 

Berbanding online sports betting yang lain, Rakyat Malaysia lebih berminat terhadap bola sepak tak kira tempatan atau antarabangsa.  

Seperti yang kita tahu Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Antara perkara yang dapat menyatukan seluruh rakyat Malaysia adalah bola sepak. Semua orang tanpa mengira agama dan bangsa boleh duduk bersama-sama dan menjadikan bola sepak antara topik perbualan mereka. Mereka juga boleh bersama-sama menonton bola sepak samada di kedai mamak mahupon di stadium. 

Selain itu, bola sepak antara sukan yang murah untuk diikuti berbanding sukan lain. Dengan hanya bermodalkan sebiji bola, anak-anak sudah boleh bermain bersama rakan-rakan mereka. Begitu juga bagi peminat bole sepak untuk menonton perlawanan sukan kegemaran mereka, ada banyak siaran langsung di televisyen yang menyiarkan perlawanan bola sepak untuk mereka ikuti. Tidak kurang juga bagi yang ingin menyaksikan perlawanan di stadium, harga tiket untuk menyaksikan perlawanan bola sepak juga sangat mampu milik. 

Bola sepak adalah sukan kegemaran rakyat Malaysia dan akan sentiasa menjadi sukan yang dapat menyatukan rakyat Malaysia. Kita harapkan Liga Super Malaysia akan terus meriah dan dapat menaikkan kualiti permainan bola sepak di Malaysia. Dengan menaikkan kualiti liga kita juga diharap mampu melahirkan pemain-pemain yang berkualiti seterusnya dapat merealisasikan jutaan harapan rakyat Malaysia untuk melihat Malaysia beraksi di Piala Dunia. 

96M Register

alvis lim
Latest posts by alvis lim (see all)

    alvis lim

    I am an experienced online sports betting player and writer with a focus on the world of online sports betting. With a vast portfolio, I’ve produced numerous articles shedding light on strategies, trends, and insights in online sports betting, making me a go-to source for enthusiasts and newcomers alike.

    Leave a Reply